5/20/2008

WAHAI UMNO ISLAMLAH!


Hari ini negara dikejutkan dengan keputusan Tun Mahathir keluar dari UMNO yang dipimpinnya selama 22 tahun. Apa sahaja alasan yang diberikan memberikan satu isyarat bahawa UMNO sememangnya berhadapan dengan kemelut yang sudah di luar kawalan. Pelbagai lapisan pemimpin UMNO menyuarakan bahawa jika UMNO tidak mahu terus dipinggirkan ia mesti berubah. Bagi saya tiada suatu yang boleh menyelamatkan UMNO melainkan berubah kembali kepada Islam sebagai penyelesaian. UMNO yang didakwa sebgai tonggak perjuangan bangsa melayu harus sedar bahawa melayu hanya menjadi hebat dan terkenal apabila berpegang dengan Islam sepertimana hebatnya Arab dengan Islam. Begitulah sebaliknya, melayu menjadi hina, berpecah, bergaduh, tamak kuasa, rasuah dan berbagai lagi kebobrokan nilai apabila meminggirkan Islam dalam segenap kehidupan. Sepertimana Arab menjadi hina hari ini apabila meminggirkan Islam dalam kehidupan. Justeru setiap seruan agar memperkukuhkan kemabli UMNO mestilah berteraskan kepada Islam dan bukannya berteraskan kepada semangat nasionalisme. Allah Taala menyatakan : ((Jika dibelanjakan semua harta benda di bumi, nescaya kamu tidak boleh menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allahlah yang menyatukan hati-hati mereka)).Surah Al-Anfal:63

No comments: