5/20/2008

Ahli Sufi menegurku


Menarik juga mendengar respon seorang sahabat yang mendengar ceramah saya bertajuk Peranan Masjid dalam membina Tamadun Ummah yang disiarkan oleh PahangFM selama 3 hari mulai 2-4 Jun 08 yang lepas. Sahabat ini telah menuduh saya anti Sufi. Beliau mengatakan tidak benar apa yang saya katakan bahawa sesetengah golongan Sufi menyatakan bahawa beramal kerana pahala adalah tidak ikhlas. Sepatutnya beramal adalah kerana Allah!
Namun saya sebenarnya bukan langsung berniat menyinggung hati sahabat-sahabat sufi atau tarekat. Saya cuma menimbulkan persoalan kenapa Allah Taala membuat promosi hebat di dalam Al-Quran juga di dalam hadis Nabi s.a.w berkenaan dengan ganjaran pahala, syurga, bidadari, minuman lazat, sungai, taman dan sebagainya bagi mereka yang beramal soleh? Logik saya tidak mengapalah jika kita beramal untuk mendapat semua tawaran tersebut. Jika tidak sia-sia sahajalah perkara ini diungkapkan di dalam nas...sedangkan al-Quran dan Hadis suci dari membicarakan perkara sia-sia....
Di samping itu ingatlah juga pesanan Imam Hassan Al-Banna yang menyarankan kita supaya jangan taaksub dengan Syeikh kerana ia manusia biasa. Jika amalan dan statement nya menepati syariat turutilah ia, tetapi jika melanggar disiplin ilmu syariat sanggahilah ia. Juga janganlah terlalu sentimentle dengan Syeikh hingga semua kata-kata dan amalannya dibenarkan belaka meskipun tidak bersandarkan sumber hukum syarat.
Meskipun demikian saya tetap akur dengan teguran sahabat ini kerana saya yakin ianya ikhlas dan saya tetap berpegang dengan prinsip: Kita bekerjasama dengan apa yang disepakati dan kita bermaafan dalam perkara khilaf.
Wallahuaklam.

1 comment:

Anonymous said...

salam bro. ada orang mengerjakan amalan kerana Allah,ada juga kerana pahala,ada juga kerana takutkan neraka dan ada juga kerana tuntutan agama. golongan ini masing2 mempunyai martabat masing2 bila di akhirat nti. apa2 pun ahli sufi dan tarekat sangat hebat :)