2/23/2009
ALANGKAH ELOK AKU MENJADI TANAH!
Ketika berbicara soal kuasa
Terasa senak di dada, buntu akal memikirkannya
Begitu rosaknya manusia bila berebut kuasa
Hancur musnah tatasusila dan nilai agama
Akibat gila kuasa
Kuasa, boleh masukkan kita ke syurga jika keadilan dibela
Kuasa, boleh menjunamkan kita ke lembah neraka jika kezaliman bertakhta
Ya! Kuasa bolah jadikan kita bertambah dekat dengan Yang Esa
Apabila rasa hamba terpahat dijiwa
Ya! Kuasa juga boleh jadikan kita sombong mengatasi Yang Esa
Apabila rasa bertuhan tercabut dari jiwa
Kuasa, menjadikan manusia sanggup mengadu domba
Semata untuk memastikan diri terus di singgahsana
Asalkan kuasa terus digenggaman, halal dan haram tiada beza,
Tuduhan, fitnah, sumpah, seranah sudah menjadi mainan sahaja
Yang penting terus berada di atas kerusi empuk mahligai istana
Berapa ramai yang bersahabat asalnya
Kini menjadi musuh ketat kerana berebut kuasa
Kuasa ternyata merubah manusia
Dari siuman kepada gila
Dari si taat kepada Allah kepada penderhaka kepadaNya
Dari Ustaz kepada gengster
Dari Ulama kepada ular sawa
Hingga sanggup menfitnah, mengadu domba
Sesama saudara sesama agama
Entah bila akan reda puaka perebutan kuasa
Mungkin apabila sangkakala pertama bergempita
Barulah reda
Barulah semua penguasa kenal siapakah dirinya!
Barulah semua yang bertakhta sedar keterlanjurannya!
Namun sudah terlambat insafnya
Sudah tertutup pintu taubatNya
Dan ketika itu, terdengarlah rintihan jiwa
"Alangkah baiknya aku dahulu(di dunia) hanya menjadi tanah sahaja!".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Mohon maaf uztaz jika puisi ini mencemar blog yang mulia ini. (rasa terpanggil untuk menulis bila membaca nukilan uztaz ini)
ALANGKAH ELOK JIKA AKU MASIH DIATAS TANAH,
BERKELAKUAN ELOK TIDAK SEPERTI BERUK,
TAMAKNYA BERUK TIDAK TERPERI ,
MAKANAN KAWAN TETAP DICURI,
BUKAN NYA KAWAN, MENJADI LAWAN,
TETAPI HATI MENJADI KAWAN
SEDANGKAN AKAL DIHUMBAN KE JAMBAN
YANG HARAM DIJADIKAN SANTAPAN
KUSANGKA SEGAK BUKANNYA KAWAN
TETAPI BERUK MENJADI RUPAWAN
BERLAGAK BUDIMAN BAGAI BANGSAWAN
AGAR DIRI DIPANDANG BERIMAN
BERPAKAIAN ELOK BAGAI MANUSIA,
BERHIAS DIRI PANDAI BERGAYA,
AGAR DIRINYA DIPANDANG MULIA,
WALHAL DIRINYA BERUK DURJANA SERI PUAKA,(DSP)
BERUK SUKA BERGAYUT DI POHON
BERGAYUT HINGGA KE REBAHNYA POHON
LALU DICARI LAIN POHON
AGAR DIRINYA ADA TEMPAT BERMOHON
MENJADI BERUK DARI AZALI
DIPERINTAH ALLAH SAMPAI KE MATI
TIDAK PERNAH SEKALI MENGKHIANATI PERINTAH ILAHI
TIDAK PERNAH BERHAJAT MENUKAR DIRI
MENJADI SEMUT MAHU PUN LABI-LABI.
BERUK OH BERUK
SUNGGUH POPULAR NAMA SI BERUK
SEHINGGA PEPATAH SEMUANYA BERUK
BERUK LAH YANG SELALU MENJADI BURUK
(BERUK BERKEPALA HITAM, TERPERANJAT BERUK DLL)
PERSOALANNYA
MENGAPA MANUSIA MENDERHAKA ILAHI
MENGINGKAR PERINTAH MENUKAR DIRI
DIPERINTAH MENJADI KHALIFAH BISTARI
NAMUN BERUK JUA MENJADI PUJAAN HATI
Wallahualam bi shawab
Allah knows what is the correct
Note: monyet, kera, ungka, orang utan, chimpanze, cinekah juga merupakan sewaktu dengan beruk
Peminat Blog Al-Temine,
Man Ana Ila Aina=Al-Marani
Post a Comment