4/01/2008

JAWAPAN KEPADA GEERT WILDERS


Tohmahan yang dilemparkan oleh Geert Wilders’ adalah tidak berasas sama sekali. Ayat-ayat al-Quran yang diutarakannya dalam filem ’FITNA’ antara lain adalah berkaitan dengan situasi peperangan di mana sememangnya apabila berperang pastinya musuh dibunuh kerana jika tidak, musuh akan membunuh kita. Apakah peperangan yang dikepalai oleh kristian dalam perang Salib tiada pembunuhan dan penyembelihan? Juga penaklukan bumi Palestin oleh pengganas Yahudi, apakah tiada pembunuhan? Malah jika diteliti fakta sejarah tentera-tentera kafir yang berperang dengan Islam sangat kejam hingga sanggup membunuh kaum wanita, anak-anak dan golongan tidak berdaya! Agaknya umat Islam perlu membuat sebuah
dokumentari mengisahkan tragedi penyembelihan umat Islam di Palestin dan Bosnia yang dikepalai oleh pengganas Yahudi dan kristian.

Antara ayat Al-Quran yang diketengahkan oleh Geert Wilders’ dalam filem 'FITNA' ialah:

1) Firman Allah Taala dalam surah al-Anfal 60:

Maksudnya: ((Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) Segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya)).

Ayat ini dijadikan sebagai asas tuduhan bahawa Islam suka berperang. Sedangkan ianya merupakan satu pendedahan kepada strategi peperangan iaitu hendaklah bersiap siaga sebelum terjun dalam peperangan. Persiapan yang dimaksudkan ialah kekuatan dalam pelbagai aspek samada fizikal, metarial dan juga mental. Dengan itu barulah boleh membina satu pasukan perang yang gagah dan kuat serta digeruni. Ayat di atas menekan soal kepentingan strategi agar setiap muslim sentiasa berstrategi dalam tindakan mereka dan tidak bertindak membabi buta. Dengan wujudnya kekuatan di kalangan tentera Islam secara tidak lansung akan menggerunkan dan mematikan hasrat musuh untuk memerangi Islam lantas dapat mengelakkan berlakunya perang. Ini dibuktikan sepertimana telah berlaku dalam peristiwa Tabuk. Apabila risikan tentera Rom mendapati tentera Islam yang berkhemah di Tabuk sangat gagah maka mereka telah membatalkan niat berperang dengan Islam.

2) Firman Allah Taala dalam surah Al-Nisa ayat 56-57:

Maksudnya: ((Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana)).

Ayat ini juga dijadikan asas tuduhan betapa Islam bencikan orang kafir, sedangkan Allah Taala menerangkan tentang akibat keingkaran kepada perintah Allah Taala dan fenomena yang akan berlaku di akhirat kelak kepada mereka yang tidak beriman di kalangan umat manusia. Bukannya menyuruh umat Islam membakar orang kafir dan menyembelih sewenang-wenangnya seperti yang ingin disampaikan oleh Wilders.
Ayat ini cuba dikaitkan pula dengan hadis Nabi s.a.w yang mengatakan bahawa satu ketika kelak orang Islam akan membunuh Yahudi. Hingga mereka bersembunyi di belakang pokok, lantas pokok dan batu berkata wahai muslim di belakangku ada Yahudi marilah bunuh mereka! Soal membunuh dan menyembelih Yahudi ini tidak akan timbul jika mereka tidak menjajah bumi Palestin dan membunuh ribuan penduduk Islam. Malah mereka merogol wanita-wanita Islam. Apakah tidak wajar mereka diperangi setelah bertahun mereka menzalimi penduduk yang tidak berdosa? Kekejaman mereka sudah tidak boleh diselindung lagi justeru itu mereka cuba mengalihkan pandangan dunia dengan menuduh Islam yang memulakan permusuhan ini!

3) Firman Allah Taala dalam surah Muhammad ayat 4 :

Maksudnya: ((Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) Maka pancunglah batang leher mereka sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir. Demikianlah apabila Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan mensia-siakan amal mereka)).

Wilders menjadikan ayat ini sebagai bukti betapa Islam menggalakkan umatnya menyembelih orang kafir khususnya Yahudi sedangkan berdasarkan pada tafsirannya, ayat di atas diturunkan semasa situasi perang dan sebagai panduan ketika berperang. Bagi melengkapkan pemahaman kepada ayat ini perlulah pula dikaitkan dengan ayat 190 dari surah Al-Baqarah di mana Allah Taala berfirman yang bermaksud:

((Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas)).

Berdasarkan ayat inilah tentera-tentera Islam dilarang samasekali membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan ketua-ketua agama (paderi, tok sami dll) serta dilarang merosakkan tanaman dan binatang ternakan ketika berperang. Meskipun tercatat di dalam buku-buku sirah senarai peperangan yang banyak namun bila diteliti peperangan tersebut tercetus adalah berpunca dari hasrat mempertahankan diri dan bukan untuk memusnah dan membunuh sesama manusia. Malah ada juga situasi di mana perang tidak berlaku seperti dalam peristiwa Tabuk serta Perang Khandak atau Ahzab. Di dalam perang Tabuk sebagai contoh, Rasulullah s.a.w mengerahkan para sahabat keluar bagi mempertahankan Islam dan Kota Madinah dari ancaman tentera Rom yang diketuai oleh Maharaja Qaisar. Rom yang begitu tamak mahu menguasai semenanjung Arab keluar dengan kekuatan tentera yang begitu hebat ditambah dengan sokongan beberapa kumpulan bangsa Arab yang tunduk kepada kuasa Rom. Rasulullah s.a.w telah mengambil keputusan keluar ke Tabuk untuk menyekat Rom. Di Tabuk tentera Islam berkhemah hampir 20 hari. Berita kehebatan tentera Islam yang berkhemah di Tabuk sampai ke pengetahuan tentera Rom dan menggerunkan mereka. Akhirnya mereka berundur dari medan perang kerana bimbangkan kekalahan di tangan tentera Islam.
Begitu juga dengan Perang Khandak atau Ahzab. Tentera gabungan antara kaum musyrikin Mekah dan Yahudi yang berkampung di luar kota Madinah dengan tujuan untuk menyerangnya telah lari bertempiaran apabila ribut taufan melanda. Akhirnya perang Ahzabpun tidak berlaku. Perang Badar pula adalah berpunca dari keegoan pembesar musyrikin Mekah yang mahu menghancurkan Islam meskipun umat Islam yang keluar adalah bertujuan mengambil balik harta mereka dari kafilah Quraish. Umat Islam yang keluar gagal merampasnya namun tentera musyrikin tetap mahu memerangi mereka maka tercetuslah perang Badar.

4) Firman Allah Taala dalam surah Al-Nisa ayat 89:

Maksudnya: ((Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong)).

Ayat ini dikaitkan pula dengan dakwaan sikap orang Islam yang tidak boleh berkawan dengan orang kafir dan arahan membunuh di mana sahaja berjumpa dengan mereka. Sedangkan ayat ini perlu dibaca bersama ayat seterusnya surah Al-Nisa ayat 90:

Maksudnya: Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu atau memerangi kaumnya dan jika Allah menghendaki, nescaya ia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian tentulah mereka memerangi kamu. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka.

Jika diteliti, amat jelas ayat 90 surah Al-Nisa menegaskan bahawa perdamian adalah diberikan keutamaan. Peperangan hanya akan berlaku jika musuh memberikan ancaman dan memerangi Islam.
Demikianlah jawapan ringkas kepada semua tuduhan yang dilemparkan oleh Wilders terhadap kesucian Kalamullah. Membaca ayat-ayat Allah dengan penuh perjudis pastinya tidak akan mendorong kepada hidayah. Tetapi sebaliknya jika al-Quran dikaji dan diteliti maknanya pasti akan membibitkan kesedaran dan menghasilkan keimanan.

Kesimpulannya, usaha yang berterusan dilakukan oleh Barat yang didalangi oleh pelampau Yahudi dan Kristian pastinya tidak akan padam. Bagi umat Islam setiap usaha mencemarkan al-Quran dan penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w perlulah diperangi habis-habisan kerana ia menjadi bukti kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya. Namun peperangan ini perlulah dilakukan dalam bentuk yang paling bijak dan berhikmah bukannya menyebabkan mudharat yang lebih besar.

1 comment:

Anonymous said...

salam..ermm..mungkin ini ujian dr Allah S.W.T kan ustaz..! utk hamba2yang dikasihi Nya..

banyak cara utk kita berdepan n menangani ujian ni.. terpulang kpd kehendak dan kemampuan kita.. ada yg boikot produk belanda, ada yg mampu bagi penerangan dgn baik (macam ustaz tulis dlm blog ni).. cam saya, apa yg mampu hanyalah mempunyai rasa yg amat benci dgn makhluk yg sengaja menghina Islam tu..n sememangnya akan memboikot product belanda.. alhamdulillah, setakat ni..saya dah tak guna shell (dulu saya setia ngan shell sbb jimat n dpt point bonus link..hehe), dah tak pandang dutch lady lagi dah..dah tak minat aiskrim walls lagi dah.. bila pandang produk2 tu..rasa benci sgt! meluat!!!! insya Allah, saya boikot selama2nya.. melainkan dlm keadaan terdesak..(cth; time minyak keta dah nak habis sgt dah, hanya ada stesen shell jer..so, terpaksa lah kan!) ..:) "al-dhararu yuzaal"..

bersama-sama ini saya sertakan senarai produk belanda yg tak patut langsung kita guna:-
RESTORAN WINDMIL
SHELL
DUTCH LADY
BARANGAN ELEKTRIK PHILIPS
SEBAHAGIAN BESAR PENAJA CHRISTIAN ALBERS
SYARIKAT PELABURAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA
PRODUK-PRODUK UNILEVER

GROCERIES:
BEN&JERRY
UNILEVER
KNOR(PERENCAH MASAKAN
LADY'S CHOICE(TAK DAPAT LAGI MAKAN HOT DOG DENGAN MAYONIS)
LIPTON (TEA)
WALL'S(AISKRIM)
BREEZE(SERBUK PENCUCI PAKAIAN)
CLEAR(KATEGORI SHAMPOO)
DOVE(SHAMPOO MANDI)
FAIR&LOVELY
POND'S
REXONA
SUNSILK

jd..jom! tok soh beli la barang2 tu.. buat deme kaya n lagi berkuasa n dpt modal utk burukkan Islam! - wallahu'alam..