Dato Mufti Pahang dan Mufti negeri-negeri lain sewajarnya turut menuruti langkah positif diambil Mufti Perlis Dr Asri yang telah menghantar surat menasihati kerajaan Perlis supaya menghalang sebarang aktiviti bercanggah dengan syariat dalam program Jom Heboh TV3. Kerana jika Mufti yang mempunyai kewibawaan menasihati pemimpin negeri khususnya dalam soal memartabatkan Islam tidak bersuara, siapa lagi yang boleh diharapkan dan dipercayai. Kerana jika ustaz-ustaz biasa yang bersuara pastinya terus dilabel dengan label-label yang biasa didengar. Sebaliknya jika Mufti bersuara pastinya ia bebas dari label kumpulan tertentu.
Jom Heboh telah lama disuarakan oleh Dato Harussani Mufti Perak sebagai program yang bercampur aduk dengan maksiat. Maksiat yang berlaku amat jelas iaitu percampuran bebas lelaki perempuan, promosi budaya hedonisme hidup artis dan konsert penutup yang amat jelas menggalakkan budaya dedah aurat artis, rambut panjang kusut masai artis lelaki, pakaian hampir telanjang artis wanita dan lagu-lagu yang menjurus kepada mengagungkan dunia dan melupakan akhirat. Manakala di pihak penonton yg hadir pula amat jelas menghidupkan suasana bercampur bebas lelaki wanita dan menggalakkan anak-anak dan remaja lupakan ilmu tetapi mengagungkan hiburan.
Perkara seumpama ini tidak memerlukan kajian atau persidangan para Mufti untuk membicarakan halal-haramnya kerana ia termasuk dalam bab معلوم في الدين بالضرورة iaitu suatu yang sudah diketahui dalam agama secara dharuri (mesti tahu). Insyallah jika semua para Mufti bersatu disokong pula oleh para ulama dan ustaz pastinya suara alim ulama akan menjadi kuat dan diambil kira dalam menentukan halatuju negara tercinta ini.
No comments:
Post a Comment