4/01/2008

JOM HEBOH VS MUFTI

Jom Heboh yang dinasihati supaya diperbetulkan oleh Mufti Perlis terus berjalan seperti biasa. Agaknya dalam hati pendokong-pendokong kuat Jom Heboh berkata 'Yeh! Yeh! Kami menang Mufti kalah!. Sedih juga mengenangkan situasi sekarang di mana nasihat Mufti, orang alim, para ustaz dan tok-tok lebai sudah dipandang terlalu tidak bernilai. Sedangkan mereka memberi nasihat untuk kebaikan, jauh sekali dari mahu merosakan atau irihati kepada sesiapa. Namun teguran-teguran ini dianggap menjatuhkan imej orang dan terlalu kolot. Tak betul ke Mufti nasihat majlis campur lelaki perempuan tu tak elok dan penyebab kepada zina dan anak luar nikah?! Salah ke ustaz tegur artis wanita dedah aurat, pakai ketat, menjolok mata? Ini bukan idea ustaz atau lebai tetapi perintah Allah. Hairannya bila time nak baca doa, nak jayakan bisnes, ada kematian, cukur jambul dll time tu barulah ustaz dicari dan dipujuk dengan kata-kata manis. Tetapi bila para ulama nasihat agar beradab dan buat perkara bawa manfaat mcm2 pula tuduhan dibuat. Saya doakan semoga artis-artis dan yang terlibat secara bersungguh benar menjayakan aktiviti seumpama ini diberikan taufik dan hidayah agar tidak tenggelam dengan dunia glamor dan kekayaan hingga lupakan hari pembalasan yang pasti akan tiba.

No comments: